Surah Al-Kahfi & Dajal
Assalamualaikum and hi !
Korang tertanya-tanya tak kenapa Rasulullah sarankan baca kahfi. sedangkan dalam surah kahfi takde satu pun sebut pasal kiamat, dajal, hari hisab etc. Ada yakjuj makjuj kat ayat 94. Itupun sekali tu je.
Memandangkan esok hari Jumaat, jadi malam ni aku nak share satu kisah daripada Surah Al-Kahfi. Cerita ni ada sorang hamba Allah yang cerita kat aku. So, aku nak share ilmu dia kat sini pulak. Semoga beliau sentiasa berada dalam keredhaan dan rahmat Allah taala. Ameen, InsyaAllah.
Sebelum kita pergi lebih jauh, mula-mula kita perlu tahu definisi al-kahfi dulu. Kahfi bermaksud gua. Sekarang ni aku nak korang bayangkan sebuah gua. Apa korang nampak? Gelap kan? Korang mesti nak tau kan apa yang ada dalam gua? Kalau tak masuk, confirm tak tau. Betul tak?
Jadinya, sebelum nak masuk gua kene la buat persediaan dulu. Bawa lampu suluh, pakai baju bersesuaian etc. Jadinya, macam tu jugaklah untuk kahfi ni. sediakan minda serta jiwa yang tenang (sebenarnya bukan surah kahfi je. semua surah la. kene prepare jiwa). Then, baru kita boleh explore gua.
Kalau korang nak tahu, surah kahfi ada 4 bahagian:
1) Ashabul Kahfi (keimanan)
2) 2 orang hamba Allah (Harta)
3) Nabi Musa & Nabi Khidir (Ilmu)
4) Zulkarnain (kekuasaan)
PESANAN PENAJA: AKU TAK PANDAI BUAT PENULISAN FORMAL. STYLE AKU SHARE MACAM AKU TENGAH BORAK. SO, SESIAPA YANG RINDU AKU TU KORANG BAYANGLAH AKU TENGAH POTPET DENGAN KORANG EK :)
Rasulullah pernah berkata pada para sahabat "Seandainya dajal keluar ketika aku masih hidup, aku sendiri yang akan lawan. Tetapi seandainya dajal keluar selepas kewafatanku, kalian hendaklah lari daripadanya."
Itu para sahabat yang rasulullah suruh lari. Apatah lagi kita yang jauh dari para sahabat Rasulullah.
Jadinya, Rasulullah bagi 4 kaedah untuk kita lawan dajal.
1) Baca 10 ayat awal surah kahfi setiap hari
2) Baca 10 ayat akhir surah kahfi setiap hari
3) Baca keseluruhan surah kahfi setiap minggu. dikhususkan pada hari jumaat
4) Baca doa selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum memberi salam
Korang perhatikan eh kat 4 bahagian surah kahfi yang aku share kat atas tadi.
1) Ashabul kahfi
- Bahagian ni Allah berfirman bahawa Allah telah menyelamatkan beberapa orang pemuda beriman dari pemerintah zalim yang nak tangkap diorang dan paksa mereka menyembah berhala. Allah tidurkan mereka untuk beberapa tahun (ada riwayat mengatakan selama 309 tahun Qamariyah).
2) Dua orang hamba Allah
- Kisah ni menceritakan tentang sorang lelaki kafir yang kaya raya tapi kufur serta bongkak dengan harta dia dengan sorang lagi kawan dia yang beriman tapi miskin.
3) Nabi Musa & Nabi Khidir
- Kisah ni menceritakan tentang Nabi Musa dan anak muridnya (nabi yusha' bin nun) menuntut ilmu dengan nabi Khidir.
4) Kisah Iskandar Zulkarnain
- Kisah ni pulak menceritakan tentang kekuasaan pemerintah. Raja Zulkarnain ni dia dah bina satu tembok yang diperbuat dari tembaga supaya yakjuj makjuj tak boleh panjat mahupun buat lubang.
Jadinya, para ulama' berpendapat bahawa kaitan antara isi kandungan surah kahfi dengan dajal adalah saat dajal muncul kelak dajal akan mempunyai kuasa untuk mentadbir alam dan membuatkan kita kufur dengan nikmat-nikmat yang dajal bagi dan segala tipu helah yang dajal buat. Tetapi disebabkan kita masih ada iman seperti ashabul kahfi, insyaAllah Allah akan selamatkan kita daripada fitnah dajal dengan asbab baca surah kahfi. Sekian
Sebenarnya aku nak share cerita kisah ketiga surah kahfi ni. Tapi ni pengenalan ni dah macam panjang sangat. So, aku hold dulu. Nanti bila² aku rajin aku share sikit².
Jangan lupa baca kahfi genk!
salam malam 29 Ramadhan 1441H
Comments
Post a Comment