SEPI

Sepi itu bukan kerana tiada siapa peduli
Sepi itu bukan kerana tiada Tuhan di hati
Sepi itu kerana hati yang kian menjauh dari arah dan tujuan hakiki.

Aku pasti kau pernah merasai;
Teresak di malam hari tanpa siapa di sisi
Sesak di dada cuma engkau dan Ilahi yang ketahui

Pujuklah hati,
Sepi itu bakal pergi
Kau akan pulih dari sepi

Aku pasti kerana aku sudah merasai.

Comments

Popular posts from this blog

NEW YEAR! NEW LIFE!!

Penuding

Hantu UK