Sharing is caring

Assalamualaikum and hi!

Seperti yang dijanjikan, aku akan cuba update entri sekerap yang mungkin. Jadinya, untuk entri kedua untuk sesi comeback ni aku nak share hukum tajwid yang aku tau. Aku bukanlah pakar bab tajwid ni tapi aku nak share kat sini sebab orang kata ilmu penulisan ni dia akan berkekalan sampai bila-bila dan dia still boleh buat rujukan untuk masa akan datang. 

Semoga apa yang aku share ni jadi amal jariah untuk aku. Yelah, aku ni bukannya orang baik-baik. Amal pun tak banyak. Buat setakat mampu je lah ye. Kalau entri merapu tu aku memang power dah. sesekali kita kene la berilmiah jugak yedak? 


Okay, jom kita start.

Mula-mula kita tengok definisi tajwid dulu.
Tajwid menurut bahasa: Mengelokkan
tajwid menurut istilah: Mengelokkan bacaan quran mengikut hukum-hukum tertentu dan memelihara makhraj serta sifat huruf

Next, hukum belajar tajwid 
Hukum mempelajari tajwid adalah fardhu kifayah. Maksudnya kalau ada salah seorang daripada masyarakat semukim kita dah belajar ilmu tajwid, maka terlepaslah dosa masyarakat semukim kita yang lain. 

Tujuan belajar tajwid adalah untuk memelihara lidah kita daripada kesalahan-kesalahan bacaan al-quran. Dalil wajib membaca bertajwid ada pada surah Muzammil ayat 4;
A004

 Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"


Ni je lah dulu untuk entri kali ni. Nanti aku share lagi hukum-hukum tajwid yang lain dalam entri lain. okie?

Sebagai penutup aku nak share satu hadis yang ustazah sekolah aku pernah share masa aku zaman sekolah. Mafhumnya,

"Daripada Abu Umamah r.a berkata; Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-quran sesungguhnya ia akan datang [ada hari kiamat sebagai syafaat kepada sahabatnya." - Riwayat Muslim.

Jadi, siapa sahabat quran? Mestilah orang yang sentiasa berdamping dengan al-quran ketika di dunia. Jadi, jom kita baca quran sama-sama. Ustazah aku kata, quran ni dia kenal orang yang selalu baca dia. Yela, sahabat kan siapa tak kenal.

Kita pun kenal sahabat kita. Yang selalu ada dengan kita masa kita susah, senang, sedih, gembira, semua lah. Kan? Betul tak? Macam tulah quran. Masa kita sedih, happy, susah, senang semua kita dengan quran takkan la quran tak kenal sahabat dia. 

Uish, aku macam dah boleh ganti tempat ustazah siti norbahiyah dah. (why not? hihi) 

Okay la. bye!

Apa-apa aku update lagi.

Comments

  1. 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  2. Wow comel blog. #donekomen hehe

    ReplyDelete
  3. Bestt dia cm Pendek so buat the readers tertunggu ²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dia kene pendek2 je kalau panjang, orang malas baca (sebenarnya aku yang malas nak baca kalau panjan sangat)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

NEW YEAR! NEW LIFE!!

Penuding

Hantu UK