Gaya Ucapan Rasulullah
assalamualaikum,, hari ni an aku nak share pengisian usrah kat group whatsapp Tarim fi Qalbi. akak naqibah share pasal baginda nabi Muhammad (ص ). jom kita kupas satu persatu deh.. jom2 * Percakapan yang jelas dan tidak tergesa-gesa - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang menceritakan " Rasulullah tidaklah bercakap tanpa putus dan tergesa-gesa sebagaimana kamu bercakap ini. akan tetapi Baginda bercakap dengan ucapan yang jelas dan satu per satu sehingga dapat diingati oleh orang yang duduk bersamanya" - [Jami' At- Tarmizi] * Mengulangi percakapn jika perlu - Diriwayatkan daripada Anas bin Malik , beliau menceritakan "Rasulullah akan mengulangi ucapannya sebanyak tiga kali supaya dapat difahami" - [sahih Al-Bukhari] ~ menurut ulama', baginda mengulangi percakapannya tiga kali bukanlah setiap kali baginda bercakap , akan tetapi apabila perlu sahaja seperti apa yang ingin...