Suka Duka Syawal
Assalamualaikum and hi!
Happy 3rd Syawal 1441H genk! Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat kamu yang baca tu (aku sorang je pun yang baca :D entri ni sebenarnya) 0-0 eh? Eh takmau la. Nak 1-0. Aku nak menang! No matter what.
Malam ni aku nak share satu peristiwa sedih yang berkaitan dengan 3 syawal ni. As you know, kalau aku sedih aku akan luahkan dalam bentuk penulisan. Tak kira la kat whatsapp ke telegram ke as long as aku boleh luah isi hati aku supaya aku tak peram lama even aku tau bila aku baca semula aku akan teringat semua yang berlaku dari a-z.
WARNING: ENTRI NI MAYBE PANJANG GILA!!
Actually, on this islamic date orang yang aku dah bagi hati dan perasaan aku sepenuhnya bernikah dengan orang lain. Aku taktau macam mana nak gambarkan betapa sedihnya perasaan aku. Apa yang buat aku rasa lagi sedih adalah perempuan yang sangat bertuah tu adalah orang tengah kitorang.
Bagi aku, amanah dan tanggungjawab sebagai orang tengah ni besar sangat. Tapi entahlah. aku tak salahkan dia jugak. Dah takdir Allah macam tu. Tapi yelah, hati perempuan mana je tak rabak tengok orang yang dia sayang gila-gila akad nikah nama perempuan lain kan?
(oh wait! Why on earth i am crying while typing this story? O' Allah, please give me some strenght)
Aku rasa these few years back adalah tahun-tahun yang menyedihkan aku gila-gila punya.
Oh, before that aku nak bagitau yang masa aku zaman sekolah menengah aku tak pernah bercinta langsung tau. Setakat crush tu ada la cuma takde la beria sangat. Semua biasa-biasa je. masih under control. Sepanjang aku sekolah tu memang aku banyak buat research about marriage life, parenting and so on sebab azam aku nak kawin awal. Then, elok habis SPM aku terus berkenalan dengan someone from Selangor. Lepas berkenalan tu, elok je dia penuhi semua kriteria suami idaman aku. So, why not kan?
Then, aku masuk kolej. Start sini la aku jadi macam terkontang-kanting sikit nak manage lifestyle aku. yang mana aku perlu fokus belajar, ngulang quran dan bercinta. Quran aku tak masyi tau. Jadinya, sepanjang aku bercinta aku banyak la jugak ngulang quran dengan si dia. Yelah, dia al-hafiz yang masyi gila kot. Masa kitorang baru-baru kenal tu dia tengah buat syahadah quran. Masyi tak masyi nya dia.
Then, sepanjang satu semester tu jugak aku bersoal jawab dengan diri aku. Which priority that i need to prioritise. So, i choose my study and quran. End of semester (Nov 2017) aku bagitau dia yang aku nak fokus quran, nak fokus belajar. Lepas je aku bagitau dia dengan notes yang panjang-panjang tu, aku memang tak contact dia langsung. Password ig, facebook semua aku tukar. Dont ask me why because i dont know. Apa yang aku tau waktu tu aku nak keep distance from him. Aku takut.
Aku buat apa aku cakap. I pass my diploma with flying colours which my pointer was 3.75 and i've been listed as dean student. I am so proud with myself. (HAHA- Aku ni perangai cam harey jugak kat kolej. Selalu rebel)
Nak jadikan cerita, masa nak masuk sem baru tu aku ada kenal budak kolej aku yang stay kuantan tapi dia laki. We decided to going back to college together. So, perjalanan kuantan-kota bharu biasanya ambik masa 7 hingga 8 jam kalau naik bas. Tapi waktu kitorang balik tu hujung tahun masa musim banjir. Masa perjalanan bertambah 13 ke 14 jam gitu. Naik kematu bontot duduk lama-lama dalam bas. Nak hilangkan bosan, Kitorang borak la sikit-sikit. Dia cerita tentang madrasah dia. Aku pulak sejenis cepat amazed dengan lifestyle madrasah/pondok ni sebab tahfiz aku tak macam tu. Waktu ni aku gi update twitter yang aku amazed gila babun kat dia ni. Tapi amazed yang biasa-biasa takde la sampai rasa nak berkasih sayang ke apa sebab aku dah ada orang jugak kan. Aku jaga jugak hati aku. Nak jadikan cerita pakwe aku ni jcemburu bila dia baca tweet aku tu tapi dia takde pulak whatsapp aku ke apa ke. Aku taktau langsung yang dia jealous. Yelah, sebab aku amazed as budak madrasah je. nothing more.
Aku dengan pakwe aku ni dua-dua first time bercinta. TAK PANDAI LANGSUNG WEHHHH. Tapi Aku akui, antara aku dengan pakwe aku, dia better berbanding aku sebab dia sangat pandai ambik hati aku. Tapi lepas aku cakap aku nak fokus study tu dia pun takde nak mesej aku tanya khabar ke apa. Aku tunggu tau mesej dari dia. Tapi takde. Aku assume yang dia tak sayang aku pun sebenarnya. Selama ni nak jaga hati aku je. Aku kan tak cantik macam perempuan lain. Aku downgrade diri aku gila-gila waktu ni.
Birthday aku januari tau. So masa awal tahun 2018 tu dia bagi aku hadiah melalui orang tengah (which is akak tu adalah kakak kawan dia kat madrasah dan belajar satu kolej dengan aku. Waktu tu baru aku tau kewujudan akak tu kat kolej aku). Yelah, aku kan tak contact dia and maybe sebab dia nak buat suprise kat aku. So, akak tu yang ws aku untuk sampaikan hadiah dia untuk aku. Waktu tu aku rasa serba salah sangat nak terima hadiah tu sebab aku rasa hadiah tu mahal gila. Apa yang aku terharu adalah dia bagi aku jam tawaf. Which is jam yang paling aku nak sangat tapi aku tak mampu nak beli waktu tu. Dia guna duit gaji pertama dia tau. Lagi buat aku nak menangis. Awal tu aku tolak tapi lepas akak tu kata yang dia memang nak bagi, aku ambik dan aku simpan.
Then, tiba-tiba tengah tahun 2018 tu aku dapat a few hints form that akak yang menunjukkan both of them ada special relationship. Aku tengok mana? Status whatsapp akak tu. Waktu ni aku banyak hilang nombor termasuklah nombor pakwe aku ni. Aku pulak memang susah nak ingat nombor orang. Tu yang aku jadi lost contact. Salah satu status dia adalah dia upload sijil kursus nikah. Masa aku tengok tu, aku deny. "Diorang pergi sama-sama je kot. Not more than that."
(Aku takde kekuatan nak cerita sebenarnya tapi aku tetap nak habiskan)
Then, ada lagi status lain. Gambar bertiga (Aku tak sure sama ada status ni dulu ke sijil kursus tu dulu. aku lupa). Pakwe aku, akak tu and maybe mak akak tu. Mak akak tu duduk tengah antara diorang. Diorang dua pakai jubah hitam and akak tu pakai tudung cream. Segar lagi dalam ingatan aku. Aku nafi lagi. Aku kata "Adik akak tu kan member pakwe aku maybe mak akak tu buat openhouse than jemput pakwe aku datang as kawan adik akak tu and mak dia nak bergambar dengan pakwe aku."
Bodoh kan aku? Bukti jelas kot depan mata. Aku tetap nafi dan nafi. Last skali status aku tengok akak tu update yang dia pergi kovo tahfiz pakwe aku. Aku pujuk diri aku "Adik akak tu kan kawan dia, mesti la dia pergi." Yang tak logiknya, kenapa nak kene bergambar dengan family pakwe aku kan? And actually waktu tu diorang dah bertunang sebenarnya. Aku je yang tetap nak nafikan yang diorang takde apa-apa.Tipu la kalau aku tak menangis bila tengok semua tu walaupun aku keep denying about their relationship.
Macam mana aku boleh tau diorang dah bertunang? Ada satu hari tu aku dm kawan dia sebab aku nak contact dengan pakwe aku la.Aku kan dah nak habis belajar. 2019 tu aku tinggal nak praktikal je. pastu aku habis dah la. kan aku kata nak fokus belajar. Aku dah tunaikan kata-kata aku Kan aku kata tadi aku banyak hilang nombor. Kenapa aku tak dm pakwe aku terus? Sebab dia block aku. Tau tak lepas aku dm kawan dia tu akak tu yang whatsapp aku. Aku lupa akak tu cakap apa tapi ada la dia tunjuk screenshot chat dia dengan pakwe aku tu. Pakwe aku tanak chat aku pun Ayat yang aku paling ingat akak tu bagi kat aku "Fyi, baju nikah kitorang dah tempah." Menangis aku weh. Hancur berkecai hati aku. Sumpah.
Lepas aku dah confirm dengan relationship diorang memang hidup aku terumbang ambing. Macam orang tak betul.Aku sampai kene panggil dengan ketua jabatan aku sebab lecturer tengok perubahan aku dalam kelas. dari seorang yang happy go lucky, aku jadi senyap, assignment aku buat cincai, hantar lewat. Diorang pelik. Dah la tahun akhir tibe buat perangai. Tapi apa yang aku bersyukur sangat adalah result aku tak jatuh malah Allah tolong aku bagi aku 4 flat. Mungkin sebab waktu tu aku banyak menangis dalam solat, dalam doa. memang nangis sungguh-sungguh sampai bengkak mata.
Awal 2019 tu last sem aku kat kolej. Aku ingat lagi waktu sebelum aku nak submit last assignment aku kat kat lecturer aku singgah koperasi kolej dan ada akak tu. Dia jemput aku datang kenduri dia tanpa rasa serba salah langsung kan? Senyum-senyum jemput aku. Mujur aku waras lagi kalau tak memang aku tumbuk muka akak tu kat situ jugak. Aku keluar koperasi aku pass assignment aku kat member mintak tolong dia hantarkan then aku terus balik rumah sewa. Menangis dan skip kelas. Tergamak eh dia? Macam takde common sense. Pikir aku takde perasaan agaknya.
Yes aku marah gila kat akak tu. Kenapa dia tak buat betul-betul kerja orang tengah? Aku pelik. Bukan susah pun. Aku selalu je jadi orang tengah. Ada je adegan-adegan yang hampir sama dengan situasi aku. Ada yang laki tu dah give up dah pun tapi aku tetap bagi support kat diorang. Bagi advice apa semua. Ada je yang lepas give up terus try aku. Memang tak la. Kau kenal dengan aku sebab nak mintak tolong takkan aku nak flirt tiba-tiba. Tu pendirian aku. Aku jadi pelik kenapa akak tu tak buat macam tu. Aku faham je perempuan mana je tak cair bila ada laki share masalah dengan kita. Tapi tolong la faham. Sebabkan benda ni la aku jadi benci gila orang tengah.
Bukan apa, aku cuma tak faham sedangkan dia budak ijazah syariah kot. Takkan dia taktau benda basic bila kita jadi orang tengah untuk satu kan pasangan yang tengah selisih faham. Betul tak pandangan aku ni? Aku bukannya pandai pun bab agama. Belajar pun setakat yang wajib tau je tapi so far benda common sense ni aku tau. Kenapa tidak dia? Faham tak apa aku rasa sekarang ni?? :(
(Aku tak mampu nak berhenti nangis guys)
Then, aku habis sem akhir masa bulan ramadhan. Jadinya, sempat la puasa seminggu dua kat rumah pastu raya. Seminggu lepas raya aku intern.
Raya kan waktu orang happy-happy dengan family. Tapi aku tak happy. Aku fake kan semuanya depan family aku and family besar aku. Aku tengok live ig diorang akad nikah melalui ig member dia yang aku dm haritu. Aku nangis weh. Hati aku tak kuat langsung tau tak. Aku masuk bilik nenek aku, aku nangis kaw-kaw punya sampai tertidur. Padahal waktu tu baru pukul 10 lebih tau. Aku taktau kenapa aku pergi tengok jugak. Padahal tau dah memang aku confirm akan nangis.
Tahniah akak sebab akak dapat suami macam dia. Dia baik, hebat quran, hormat orang tua, berilmu, penuh hikmah, dia sayang akak sepenuh hati dia Sy taktau kat mana lagi sy boleh cari suami yang cukup package macam tu.
Tipu la kan kalau sy kata sy okay dengan perkahwinan akak. sy tak okay langsung. Tapi jangan risau. Sy takkan doakan benda tak baik untuk akak dengan suami. Sy akan sentiasa doakan yang terbaik untuk korang sebab suami akak tu pernah buat sy bahagia, pernah buat sy tersenyum, sentiasa menceriakan hari-hari sy, sentiasa jaga hati sy, paling penting dia selalu ingatkan sy tentang quran.
Sy bukan tanak lupakan dia. Cuma sy rasa sy belum mampu nak lupakan dia sebab kenangan sy dengan dia banyak kat quran. Kehidupan harian sy akan sentiasa dengan quran. Banyak sangat bahagian dalam quran tu buat sy teringat kat dia. Takkan sy nak stop baca quran semata-mata nak lupakan dia kan? Mati sy nak jawab depan Allah nanti.
Panjang sangat dah aku rasa aku cerita ni. Tapi ni pun banyak part yang aku tak masukkan. Antara dia part aku selisih dengan akak tu kat bilik pensyarah, terduduk meja sebelah-sebelah kat kafe, library, MKL and many more lah.
Doakan aku. Hati aku belum cukup kuat nak lupakan benda ni. Semua yang berlaku ni aku rasa kejap sangat. aku tak contact dia tak sampai setahun pun. Tiba-tiba dah bertunang. Tiba-tiba lagi dah kawin. tiba-tiba lagi dan lagi dah pregnant 4 bulan. lagi-lagi tetibe dah setahun. Dalam tak sedar aku dah hampir dua tahun simpan benda ni sorang-sorang. Hampir dua tahun aku berlawan denga hati dan perasaan aku. Kalau kita tengok budak 2 tahun jalan pun terkedek-kedek, cakap pun masih pelat lagi. Baru sangat. Macam tulah ibaratnya. Faham kan?
Okay lah, aku nak gi kesat airmata, air hidung, air mulut dan segala air yang mengalir keluar ni lah.
Thank you sudi baca.
bye, assalamualaikum.
Comments
Post a Comment