Posts

Showing posts from May, 2020

Suka Duka Syawal

Assalamualaikum and hi! Happy 3rd Syawal 1441H genk! Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat kamu yang baca tu (aku sorang je pun yang baca :D entri ni sebenarnya) 0-0 eh? Eh takmau la. Nak 1-0. Aku nak menang! No matter what. Malam ni aku nak share satu peristiwa sedih yang berkaitan dengan 3 syawal ni. As you know, kalau aku sedih aku akan luahkan dalam bentuk penulisan. Tak kira la kat whatsapp ke telegram ke as long as aku boleh luah isi hati aku supaya aku tak peram lama even aku tau bila aku baca semula aku akan teringat semua yang berlaku dari a-z. WARNING: ENTRI NI MAYBE PANJANG GILA!! Actually, on this islamic date orang yang aku dah bagi hati dan perasaan aku sepenuhnya bernikah dengan orang lain. Aku taktau macam mana nak gambarkan betapa sedihnya perasaan aku. Apa yang buat aku rasa lagi sedih adalah perempuan yang sangat bertuah tu adalah orang tengah kitorang.  Bagi aku, amanah dan tanggungjawab sebagai orang tengah ni besar sangat. Tapi entahlah. aku tak salahkan...

Surah Al-Kahfi & Dajal

Image
Assalamualaikum and hi ! Memandangkan esok hari Jumaat, jadi malam ni aku nak share satu kisah daripada Surah Al-Kahfi. Cerita ni ada sorang hamba Allah yang cerita kat aku. So, aku nak share ilmu dia kat sini pulak. Semoga beliau sentiasa berada dalam keredhaan dan rahmat Allah taala. Ameen, InsyaAllah. Sebelum kita pergi lebih jauh, mula-mula kita perlu tahu definisi al-kahfi dulu. Kahfi bermaksud gua. Sekarang ni aku nak korang bayangkan sebuah gua. Apa korang nampak? Gelap kan? Korang mesti nak tau kan apa yang ada dalam gua? Kalau tak masuk, confirm tak tau. Betul tak? Jadinya, sebelum nak masuk gua kene la buat persediaan dulu. Bawa lampu suluh, pakai baju bersesuaian etc. Jadinya, macam tu jugaklah untuk kahfi ni. sediakan minda serta jiwa yang tenang (sebenarnya bukan surah kahfi je. semua surah la. kene prepare jiwa). Then, baru kita boleh explore gua. Kalau korang nak tahu, surah kahfi ada 4 bahagian: 1) Ashabul Kahfi (keimanan) 2) 2 orang hamba Allah (Harta) 3) Nabi Musa ...

SEPI

Sepi itu bukan kerana tiada siapa peduli Sepi itu bukan kerana tiada Tuhan di hati Sepi itu kerana hati yang kian menjauh dari arah dan tujuan hakiki. Aku pasti kau pernah merasai; Teresak di malam hari tanpa siapa di sisi Sesak di dada cuma engkau dan Ilahi yang ketahui Pujuklah hati, Sepi itu bakal pergi Kau akan pulih dari sepi Aku pasti kerana aku sudah merasai.

Sharing is caring

Image
Assalamualaikum and hi! Seperti yang dijanjikan, aku akan cuba update entri sekerap yang mungkin. Jadinya, untuk entri kedua untuk sesi comeback ni aku nak share hukum tajwid yang aku tau. Aku bukanlah pakar bab tajwid ni tapi aku nak share kat sini sebab orang kata ilmu penulisan ni dia akan berkekalan sampai bila-bila dan dia still boleh buat rujukan untuk masa akan datang.  Semoga apa yang aku share ni jadi amal jariah untuk aku. Yelah, aku ni bukannya orang baik-baik. Amal pun tak banyak. Buat setakat mampu je lah ye. Kalau entri merapu tu aku memang power dah. sesekali kita kene la berilmiah jugak yedak?  Okay, jom kita start. Mula-mula kita tengok definisi tajwid dulu. Tajwid menurut bahasa: Mengelokkan tajwid menurut istilah: Mengelokkan bacaan quran mengikut hukum-hukum tertentu dan memelihara makhraj serta sifat huruf Next,  hukum belajar tajwid  Hukum mempelajari tajwid adalah fardhu kifayah . Maksudnya kalau ada salah seorang daripada masyarakat semukim ...

I'm alive !!

Assalamualaikum and hi! Wowww!! It's been too many years since I updated my last entry. I am so sorry (well, who cares right?) Well, I'm still alive alhamdulillah. There are soooooooooo many things happened to my life back then. Susah la cakap omputih ni terbelit lidah. Teeettt * changing language* Dari 2017 sampai sekarang dah 2020 banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Zaman kolej, intern, bercinta (part ni la paling banyak bentukkan diri aku yang harini.) Let make it short, banyak sangat la benda berlaku sepanjang aku tak menulis kat sini. Nanti aku akan share dari semasa ke semasa okay? stay tune (cewah, macam la ada orang nak tau pasal life engko bedah oiii) Kisah lak akuuu. Nak cite jugak From now on aku akan start blogging balik. InsyaAllah Sekarang ni aku tengah cari kerja. Musim-musim wabak ni aku takde la letak harapan tinggi melangit untuk dapat kerja. Sedangkan orang yang dah kerja 3, 4 tahun pun kene buang inikan pulang aku yang baru nak kerja. Doakan eh. Okay...