R I N D U

Assalamualaikum and hi.

Rasa macam dah lama tak share story kat sini. Pastu tiba² harini share pagi² buta.

Dak, sebenarnya balik kerja pukul 2 pagi  tadi sampai sekarang dah pukul 5.30 pagi belum tidur lagi. Rasa rindu sangat² kat abah. Terus buat video. Sedar² dah pukul 5.30.

Nak share sikit je sementara tunggu subuh ni. Memandangkan semalam orang celebrate father's day. Alhamdulillah aku busy jadi takde la teringat sangat.

Kan lebih seronok kalau abah masih ada. Rindu nak share cerita dengan abah, rindu nak peluk abah, rindu nak makan masakan abah, rindu mak bau abah. Paling rindu nak dengar abah panggil 'anje abah'. Abah sorang je yang panggil aku macam tu 😭 ya Allah, rindunyaaaa. 

Kalau abah ada ni, mesti abah yang kesatkan airmata aku, pujuk aku supaya aku stop nangis, abah akan buat lawak supaya aku gelak semula. Abah tak suka tengok aku sedih.

Aku saje nak bagitau yang cara abah layan aku sama sangat² dengan pakwe aku yang dah kawin tu. Sikap dia memang takde beza langsung. 

Tell me how could i forget about him yang 99% sama dengan abah? It hurts me so much setiap kali teringat kat dia sebab dia memang betul² sama dengan abah. Tapi apa je aku boleh buat sekarang ni selain doa? Minta Allah berikan aku kekuatan untuk lalui semua ni. Minta Allah kuatkan hati aku seandainya dia memang tak ditulis sebagai jodoh aku. 

Ya Allah, kau tempatkanlah abah bersama orang² soleh di syurga-Mu ya Allah. Jangan kau campakkan abah ke dalam api neraka kerana dosa yang aku buat. Aku tak sanggup.

Ingat nak upload video aku edit tu. Tak boleh pulak. Takpelah, share gambar je la.

Ni abah dengan adik bongsu. My favourite picture forever.

ni pulak gambar yang aku selitkan kat quran. 


Ingat nak share gambar dia. Tapi takpe lah. Macam tak nice pulak share gambar suami orang kat sini. Okay lah, dah azan. Nak solat pastu nak tidur.

Comments

  1. Semoga awak sentiasa kuat dalam menjalani semua ini. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan, Insyaallah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suka Duka Syawal

Hantu UK

NEW YEAR! NEW LIFE!!