Meniti Hijrah

Sukarnya mengerti perasaan ini
walau aku empunya diri
kusut mencemarkan kotak fikiranku lagi
aku sesat di balik kabus siang ciptaan aku sendiri

ke mana lagi mahu aku melangkah
letih kelmarin masih setia menemani jasmani
ketepatan imanku disoal kembali
harapanku kian pudar
di dalam pencarian rohani

cuba ku kerah baki azam yang kian kehausan
bergetar jiwa ku saat menyelak kalam-Mu
detik itu persis Dia hadir mengajarkan aku
jangan engkau berputus asa

seperti insan kehausan disua air,
hati aku seperti disirami Nur keimanan
Jika semalam aku terkulai 
saat ini aku bangkit dan terus menapak

berat rasa meniti titian ini
kerana ia soal rohani
namun tidak aku mengeluh
saat ini Dia setia di sisi aku

tekad ku kini terus melangkah
walau penuh onak duri
agar Dia menuntun jemari
yang terpalit seribu satu kehitaman

__kakyong

Comments

  1. cantik blog.. done follow u, follow me back :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awh, thank you. Okay, i will follow you back.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suka Duka Syawal

Hantu UK

NEW YEAR! NEW LIFE!!