Ramadhan Kareem



Dengan nama Allah,

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum ^_^


Malam ni dah malam yang ke-9 ramadhan. setakat ni macam mana? ok tak?

Image result for ramadan is comingkalau kat maahad aku macam-macam exco tarbiyah buat untuk program ihya' ramadhan.

antaranya:
  • tadarus
  • street dakwah
  • nasyid
  • ustazah pilihan
  • imam muda
  • iftar jamaie
  • tazkirah dari guru-guru lepas zohor
  • dan banyak lagi (tak ingat sebenarnya) 

kali ni aku nak share salah satu point tazkirah yang aku join tu. haha. cite dia ceniii.....


ustaz aku cite masa dia zaman belajar dulu ada sorang kawan dia nama Daud.

ok, macam yang kita tau kat Thai ni bersepah sekolah tahfiz. tapi time tu Thai ni diperintah oleh seorang Raja yang poyo(dalam bhs sopan) bhs standard dia, zalim. haha

one day, masa bulan ramadhan raja tu pi jemput semua budak tahfiz yang ada kat Thai untuk makan tengah hari kat istana. bulan pose makan tengahari? what the?

Image result for ramadan quoteshaha. then, semua yang datang tu makan la makanan yang ada kecuali sorang. daud la orang nya.. diorang makan sebab diorang takut kene pancung dengan raja tu.. pastu sorang kawan dia tegur Daud.

"Eh Daud, kau tak makan? nanti kene bunuh.tak takut?"

"taknak aku lagi takutkan Allah berbanding dia. aku sanggup dipancung demi menjaga perintah Allah."


pastu, pengawal yang sedang berkawal tu nampak daud lalu menangkap dia dan bawa menghadap raja yang zalim itu.

"kau betul tak takut kalau aku pancung kau?"

"Betul. aku tak takut. pancung la aku. aku sanggup mati demi memelihara perintah agama ini."

Apabila raja tersebut mendengar Daud berkata begitu hasratnya ingin memancung terputus begitu sahaja kerana kagum akan pendirian yang ada pada dirinya. Kemudian, raja tersebut memberikan hadiah seekor lembu kepada Daud.

Daud membawa pulang lembu tersebut ke madrasah lalu menambatnya dibawah madrasahnya. disitu terdapat sebuat busut. lembu tersebut menyondol busut tersebut sepanjang malam.

seperti hari-hari biasa Daud bangun pada jam 3 pagi. kebiasaannya, Daud akan terus mengambil wudhuk tetapi pada hari tersebut daud tengok lembunya terlebih dahulu. alangkah terkejutnya dia ketika ternampak sesuatu yang berkilau di kawasan busut yang telah hancur itu.

ianya adalah emas. daud mengisinya kedalam baldi lalu meletakkannnya dihadapan  rumah tok gurunya.

Image result for ramadan quotessetelah selesai solat subuh, tok gurunya tanya kepada para pelajarnya siapakah tuan empunya emas tersebut.. sehinggalah ditanya kepada Daud lalu dia mengiyakannya. tok gurunya berkata, "Daud engkau tidak layak belajar disini. ;ebih baik engkau pergi menjual emas ini dan pergi sambung pelajaran engkau ke Mekah"

Daud akur dengan arahan gurunya itu.

 Hari ini Daud menjadi seorang ulamak yang sangat terkenal. Beliau dikenali sebagai Syeikh Daud al-Pattani ^___^ itulah kehebatan orang yang benar-benar menjaga agama Allah taala.



sekian,

moga bermanfaat. ^___^

 استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم 
  اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى سيدنا محمد

Comments

Popular posts from this blog

Suka Duka Syawal

Hantu UK

NEW YEAR! NEW LIFE!!