Posts

Showing posts from 2016

Meniti Hijrah

Sukarnya mengerti perasaan ini walau aku empunya diri kusut mencemarkan kotak fikiranku lagi aku sesat di balik kabus siang ciptaan aku sendiri ke mana lagi mahu aku melangkah letih kelmarin masih setia menemani jasmani ketepatan imanku disoal kembali harapanku kian pudar di dalam pencarian rohani cuba ku kerah baki azam yang kian kehausan bergetar jiwa ku saat menyelak kalam-Mu detik itu persis Dia hadir mengajarkan aku jangan engkau berputus asa seperti insan kehausan disua air, hati aku seperti disirami Nur keimanan Jika semalam aku terkulai  saat ini aku bangkit dan terus menapak berat rasa meniti titian ini kerana ia soal rohani namun tidak aku mengeluh saat ini Dia setia di sisi aku tekad ku kini terus melangkah walau penuh onak duri agar Dia menuntun jemari yang terpalit seribu satu kehitaman __kakyong

Hantu UK

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum ^_^ Ada sorang cikgu tuisyen ni ada sorang senior masa dia belajar kat UK dulu. Nama senior tu Aina (bukan nama sebenar)  . Aina ni sepanjang hidup dia, dia tak solat. Oneday, kawan Aina datang jumpa dia and cakap, "Aina, I wanna you left your religion." "No, I don't want. I love mines." waktu tu on the spot syaitan masuk dalam badan Aina. Baiknya syaitan ni dia tak jerit2 macam syaitan kat Mesya. ngeh ngeh.. Dia diam je. ************************************************************************************* ketika Kawan-kawan serumah Aina baca surah yaasin di tingkat bawah di banglo yang mereka tinggal bersama-sama, Aina berada di tingkat tiga. Tidak semena-mena Aina menuju ke tingkat bawah lalu menampar rakan-rakannya. "Korang sedang membaca ayat-ayat Allah. bacalah elok-elok," tengking Aina. semua tergamam lalu salah seorang daripadanya bersuara, "eh, cakap besar lah kau setan! cuba ...

Penat

Suatu malam, dilontar satu nada, yang seringkali didengari, "aku lelah" Ya, hati sudah terlalu penat. Penat dipejudikan dunia. Menjadi boneka, diperdayakan dihumban kata-kata kesat sehingga rebah mencium bumi. Penat. suatu tahap, terlalu penat, hingga meminta pada Tuhan, matikan jasad. Penat. ___kakyong

Penuding

Jika hari ini jemari mu hanya menuding, Sedarlah ad-dukhan bakal menjelang. Andainya hari ini telunjuk mu itu belum kembali pada diri, Luaskanlah iris mu melihat dunia kian fana. Katakan padanya, andainya engkau tidak pulang kepadaku, kelak bakal kau 'hargai' balasan-Nya ___kakyong